PENGENALAN KEPADA ANATOMI

mailto : Pensyarah Anatomi Jab. PJ
Maktab Perguruan Kuala Terengganu


Definisi
Sub Anatomi
Anatomi Sistemik
Bhg. Tubuh


Definisi

Anatomi

Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara bahagian-bahagiannya . Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermakna memotong . Anatomi adalah satu bidang sains berkait dengan struktur bahagian tubuh badan , bentuk dan susunannya .

Fisiologi

Fisiologi ialah kajian yang berkait dengan fungsi bahagian-bahagian tubuh badan , apa yang dilakukan atau dijalankan olehnya dan bagaimana ia melakukannya .
 
 



Anatomi dan bahagian-bahagiannya

Anatomi terdiri daripada beberapa bahagian iaitu :

Anatomi makroskop atau Anatomi Kasar

Ia merupakan kajian dengan mata kasar tentang struktur tubuh dan hubungan diantara bahagian-bahagiannya . Anatomi mikroskop atau Histologi Ia merupakan kajian tentang tisu tubuh dengan menggunakan mikroskop . Neuroanatomi
Ia merupakan kajian tentang sistem saraf .
Anatomi Perkembangan
Ia merupakan kajian tentang proses perkembangan . Ini termasuklah kajian tentang perkembangan embrio dan fetus yang dikenali sebagai embriologi atau perkembangan pranatal . Kajian tentang perkembangan bayi selepas lahir dinamai perkembangan postnatal .
Anatomi Perbandingan
Ini merupakan kajian anatomi dengan membandingkan anatomi haiwan yang berbeza atau antara anatomi haiwan dengan manusia .


Anatomi Sistemik

Dari segi fungsi , bahagian dan organ tubuh lebih mudah dihuraikan mengikut sistem . Ini dikenali sebagai anatomi sistemik . Sistem tubuh merangkumi sistem-sistem berikut :

Sistem Rangka

Ini meliputi rangka tubuh yang terdiri daripada tulang dan rawan
Sistem Articular
Sistem ini terdiri daripada endi dan ligeman di sekeliling sendi .
Sistem Otot
Sistem ini terdiri daripada otot tubuh . Melaluinya kita dapat mengetahui nama-nama otot yang berada di sekeliling tubuh .
Sistem Saraf
Sistem ini terdiri daripada otak , saraf tunjang ,saraf kronial , saraf spina , dan ganglian .
Sistem Peredaran
Sistem ini terdiri daripada sistem kordiovaskular iaitu jantung dan saluran darah dan sistem pengaliran limfa yang di bentuk oleh nodus limfa dan saluran limfa .
Sistem Pernafasan
Sistem ini terdiri daripada organ pernafasan yang bermula dari hidung hingga ke paru-paru .
Sistem Pencernaan
Sistem ini terdiri daripada saluran pencernaan yang bermula dari mulut hingga ke dubur serta kalenjar yang terlibat dalam pencernaan seperti pankreas dan hepar .
Sistem Urinari
Ini merupakan sistem ekskresi yang terdiri daripada ginjal , pundi kencing dan saluran ekskresinya .
Sistem Pembiakan
Sistem ini terdiri daripada organ genital internal dan eksternal .


Sistem Endokrin

Sistem ini terdiri daripa kalenjar tanpa duktus yang menghasilkan atau merembeskan hormon . Hormon-hormon yang dirembeskan itu pula mempunyai fungsi-fungsi tertentu .
Sistem Integumen
Ini merupakan lapisan luar badan yang terdiri daripada kulit dan apendajnya iaitu kuku , folikel rambut bersama dengan kalenjar peluh dan sebun .




Bahagian Tubuh Badan

Untuk memahami dan mempelajari anatomi makroskop dengan lebih berkesan , maka pengajaran dan diseksi perlu dilakukan menurut bahagian dan bukannya menurut sistem . Tubuh badan boleh dibahagikan kepada enam bahagian iaitu anggota atas , anggota bawah , toraks , abdomen , pelvic dan perinium serta kepala dan leher . Setiap bahagian mempunyai beberapa bahagian atau kawasan .

Anggota Atas

Bahagian-bahagian anggota atas yang utama ialah bahagian bahu , lengan atas , lengan bawah dan tangan .

a – Bahagian bahu

Bahagian ini terdiri daripada tiga kawasan iaitu kawasan pektoral atau dada di hadapan , kawasan skapula iaitu kawasan di sekitar tulang belikat di belakang , dan aksila iaitu
ketiak di sisi tubuh .

b – Lengan Atas

Lengan atas atau brakium merupakan bahagian di antara bahu dengan siku

c – Siku

Siku atau kubitus ialah kawasan di antara lengan atas dan lengan bawah .Permukaan depannya mempunyai satu rongga yang cetek yang di sebu fosa kubital .

d . Lengan Bawah

Lengan bawah atau antebrakium ialah bahagian di antara siku dengan pergelangan tangan .

e . Tangan

Tangan atau manus terdiri daripada pergelangan tangan atau karpus , tangan sebenar atau metacarpal dan jari atau digit .
 

Anggota Bawah
 
 

Bahagian-bahagian anggota bawah yang utama ialah kawasan gluteal , paha , tungkai bawah dan kaki .

a . Kawasan gluteal

Kawasan ini alah kawasan bulat di belakang , di antara badan dan hujung superior paha . Sendi pinggul terletak pro fundus pada kawasan ini .

b. Paha

Paha merupakan bahagian antara pinggul dan lutut .

c . Lutut

Lutut atau genu ialah bahagian di antara paha dan tungkai bawah .Permukaan belakangnya mempunyai satu rongga yang cetek yang di sebut fosa popliteal .

d . Tungkai bawah

Tungkai bawah merupakan bahagian di antara lutut dan pergelangan kaki . Bahagian posteriornya di sebut betis .

e . Pergelangan kaki

Pergelangan kaki terletak di antara tungkai bawah dan kaki .

f . Kaki

Kaki atau pes ialah bahagian yang paling distal pada anggota bawah . Permukaan atasnya di kenali sebagai permukaan darsal dan permukaan bawahnya di sebut plantar .
 

Toraks

Toraks , abdoman , pelvis dan perineum membentuk trunkus tubuh badan . Toraks atau dada ialah bahagian atas trunkus dan terletak di antar leher dan abdomen . Rangka dinding toraks di bentuk oleh kolum vetabra di belakang , tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang dad di depan . Kandungan utama toraks ialah jantung , paru-paru , pembuluh darah , trakea dan esofagus .
 

Abdomen

Kawasan ini ialah bahagian inferior trunkus badan . Abdoman dipisahkan dari toraks oleh otot diafragma . Otot ini ialah otot pernafasan utama . Trek gastrousus , heper , pankreas , pundi hempedu , limpa dan ginjal terletak di dalam abdomen .

Pelvis Dan Perineum

Pelvis ialah bahagian paling bawah trunkus badan . Bahagian ini terletak di antara dua tulang pinggul . Pundi kencing , organ pembiakan internal bersama-sama bahagian bawah trek gastrousus terletak di dalam kaviti pelvis .

Perineum merupakan permukaan luar bahagian paling inferior trunkus badan . Kawasan ini terletak di antara bahagian superior paha . Sistem urinari , genital dan gastrousus membuka di kawasan perineum ini .
 

Kepala Dan Leher

Kepala ialah bahagian yang paling superior di tubuh badan . Permukaan depannya dikenali sebagai muka . Kaviti mulut , kaviti nasal , kavitI orbital dan kaviti telinga bersama-sama kaviti kranium terletak di dalam kepala .

Leher terletak diantara kepala dan toraks . Leher terdiri daripa bahagian atas esofagus , larinks , saraf-saraf kranial dan pembuluh darah . Kalenjar tiriod , paratiriod dan nodus-nodus limfa juga terletak di leher .