Bantumula atau pertolongan
cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang
mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit
secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas
atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian
bahan-bahan yang ada pada masa itu.
Bagi kebanyakan kecederaan
kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan
yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih
profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan
dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan
ketika pendidikan luar dijalankan.
Prinsip-prinsip
Pertolongan Cemas
Matlamat Pertolongan
Cemas
menyelamat nyawa mengurangkan
atau melegakan kesakitan mencegah kecederaan
daripada merebak atau menjadi lebih teruk
Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan
penilaian (assessment)
bertenang dan bertindak untuk menyelamat
jaga keselamatan diri dan mangsa
hindarkan daripada keadaan yang membahayakan
minta bantuan daripada orang yang berhampiran
dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)
Rawatan (treatment)
Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat
atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul.
Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera
atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera
diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan.
Perhatian
Jangan
biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa
menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan.
Tanggal
atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja.
Elakkan
daripada memberi mangsa minum air jika.
mangsa tidak sedarkan diri
disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman
jika memerlukan pembedahan
Dapatkan bantuan
telefon ambulan - 994
berikan keterangan tentang tempat kemalangan.
Asfiksia (terhenti pernafasan)
Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan
terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu
badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.
Punca-punca asfiksia.
lemas
keracunan gas dan asap yang merbahaya
tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik
oleh makanan atau benda-
benda asing lain.
tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik,
lidah tersentak ke dalam
ketika tidak sedarkan diri.
disambar petir atau kilat
terhimpit dada - runtuhan tanah
serangan penyakit
termakan racun
Tanda-tanda
pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah
bernafas dan akhirnya terhenti
bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi
kebiru-biruan.
kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.
Peraturan Am Memulihkan asfiksia:
A
- Airways (saluran Pernafasan)
terbuka atau tersekat
keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah,
bahan mentah daripada mulut jika ada.
B
- Breathings (pernafasan)
Boleh bernafas atau tidak
jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan
pernafasan dengan segera.
C
- Circulation (peredaran darah)
pastikan adakah denyutan nadi atau tidak
jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary
Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)
Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan
Pemulihan pernafasan mulut ke mulut
Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
Pemulihan pernafasan mulut ke hidung
Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External
cardiac compression)
usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali / kayu
lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti
pelampung kepada mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa
ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu.
anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya
anda seorang perenang yang baik.
Rawatan
keluarkan air daripada perut atau paru-paru
bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang
mungkin menghalang pernafasan
mulakan bantuan pernafasan
periksa pernafasan dan denyutan nadi
jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia
apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan
pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke
rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.
Pendarahan
Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera.
Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh.
Jenis-jenis Pendarahan.
Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada
arteri, vena kapilari.
Arteri
memancut merah terang
kapilari
menitis merah
vena
meleleh perlahan merah tua
Tanda-tanda dan
gejala-gejala
Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak
sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala
dapat dikesan:
denyutan nadi bertambah cepat serta lemah
kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh
muka dan bibir kelihatan pucat
pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap
mangsa berasa pening, pitam dan pengsan
mangsa mungkin merasa dahaga
berasa resah dan gelisah
pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan
Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah
angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan
pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada
tubuhnya.
Cara-cara menghentikan
pendarahan
Hentikan
Pendarahan Secara Langsung (direct pressure)
Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat
di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10
minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut
yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar.
Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik
tambahan dan balut sekali lagi.
Hentikan
Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure)
Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan
secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara
langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak
langsung pada titik tekanan (pressure point).
Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran
darah artei boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran
darah di kawasan itu.
Kecederaan Otot, sendi dan ligamenTerseliuh Tanda-tanda dan gejala
rasa kesakitan pada sendi itu
bengkak
lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang
tercedera
rawatan
letak beg ais pada sendi yang cedera
tinggikan bahagian yang tercedera
letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
ampu bahagian yang tercedera
hantar ke hospital jika keadaan memerlukan
Terkehel
Tanda-tanda dan gejala
rasa amat kesakitan pada sendi
berubah kedudukan sendi
berubah rupa
bengkak
lebam
rawatan
jangan betulkan tulang yang terkehel
anggota yang cedera tidak boleh digerakkan
letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu.
Kejang Otot (cramp)
Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang
dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan
oleh
a. kehilangan air yang berlebihan menyebabkan
kekurangan garam dan cecair dalam tubuh
b. sejuk kerana berenang
Rawatan:
Memanjangkan otot-otot yang kejang
tangan - luruskan jari-jari dengan cermat
jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air
yang bercampur dengan sukatan ¼ sudu the garam dengan satu gelas
air
Gigitan dan Sengatan:
Gigitan ular
Tanda-tanda dan gejala
bengkak dan lebam di bahagian yang digigit
rasa kesakitan
mangsa sukar bernafas dan bercakap
renjatan (shock)
Rawatan
Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan
mangsa itu.
baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang
jika pernafaan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan
bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan
ikat dengan ikatan ‘tourniquet’ atau ikatan yang
erat di sebelah atas gigitan
longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit
balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat
letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang
hantar ke hospital jika perlu
Keselamatan Diri
Punca Kemalangan
kelalaian dan kecuaian
kurang pengetahuan
kepenatan
Keselamatan di air
mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan
jangan berenang secara bersendirian
hanya di kawasan yang dibenarkan sahaja
mematuhi arahan dan peraturan yang ada
tahu bagaimana menggunakan alat-alat bantuan
menyedari kemampuan diri untuk berenang
berenang dalam jarak yang selamat
meminta pertolongan apabila benar-benar memerlukan
jika dibawa aurs jauh daripada pantai jangan berasa
cemas, jangan cuba menentang arus. Berenang selari dengan pantai apabila
bebas daripada tarikan arus dan berenang balik ke arah pantai
menjerit atau melambai meminta pertolongan jika tidak
dapat membebaskan diri daripada arus yang kuat
Peti Pertolongan Cemas:Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan
plaster - berbagai saiz dan bentuk
dreassing sterill - berbagai siaz
kapas
kasa sterill serta swab kasa
dressing khas untuk kes terbakar
bandage 3 segi
bandage crepe penggulung
pita lekat
pad mata
termometer
gunting hujung tumpul
penyepit
pin penyelamat
kertas tisu
losyen antiseptik
losyen kalamin
beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan
lampu suluh
pensil dan kertas
Sumber
bantuan kecemasan
polis
bomba
hospital
klinik
pasukan sukarela
penduduk setempat.