Enam jenis kelas makanan ialah karbohidrat, lipid (lemak), protein, vitamin, garam galian dan air.
Karbohidrat, lipid dan protein adalah kumpulan nutrien yang penting bagi penghasilan tenaga (ATP – Adenosine Triphosphate) oleh sel-sel dalam badan.
Nilai tenaga bagi setiap makanan diukur dalam unit kilokalori (kcal). Satu kilokalori ialah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menaikkan suhu 1 kilogram air sebanyak 1° C (1.8° F).
Sumber nutrien karbohidrat adalah daripada tumbuh-tumbuhan.
Ada 3 jenis karbohidrat:
Monosaccharides glukos dan fruktos
Oligosaccharides sukros, laktos dan maltos
polysaccharides gula daripada kanji, fiber dan glikogen
‘Cellulose’ atau gentian fiber banyak terdapat dalam sayur-sayuran yang membantu proses penghadaman dan perkumuhan bahan-bahan buangan.
Peranan karbohidrat dalam badan ialah sebagai
Sumber tenaga
Pengaruh simpanan protein
Sumber tenaga bagi sistem saraf pusat (CNS)
Sumber utama diet bagi nutrien lipid ialah triglycerides.
Binatang dan hasil-hasil binatang adalah sumber nutrien utama bagi lemak tepu
Sumber nutrien bagi lemak tidak tepu kebanyakkannya adalah daripada sayur-sayuran dan hasil-hasilnya.
Lipid boleh diklasifikasi kepada 3 kumpulan:
Gabungan ringkas kolesterol dengan sebatian lipid
pengampu organ-organ badan
penebat suhu badan
pembawa bagi vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam air
Protein terbentuk daripada asid amino. Ada 20 jenis asid amino. Lapan daripada asid amino ini perlu didapati daripada makanan kerana ia tidak boleh disintesis oleh badan.
Protein boleh didapati daripada sel haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dapat membekalkan protein yang bermutu tinggi yang mengandungi 8 asid amino yang diperlukan oleh badan.
Asid amino adalah struktur utama binaan badan. Ia penting kerana ia mengawal perkembangan molekul dalam badan.
Protein dalam badan berfungsi sebagai:
Sumber tenaga
Penstabil nitrogen dalam badan
Pengawal hormon badan
Keseimbangan nitrogen dalam badan akan lebih stabil sekiranya peratus pembinaan protien sama dengan kehilangan protein dalam badan.
Pengambilan 0.8 g protein per kilogram berat badan disyorkan bagi diet orang dewasa
Vitamin adalah sebatian organik yang penting dalam kebanyakkan proses fungsi badan. Keperluan sehariannya adalah kecil.
Vitamin boleh didapati daripada makanan dan 'dietary supplementation'
Ada 13 jenis vitamin yang boleh diklasifikasikan kepada:
Vitamin yang larut dalam air C dan B Kompleks
Vitamin A, D, dan E boleh disimpan di dalam tisu badan secara berlebihan.
Vitamin C dan B kompleks yang larut dalam air tidak boleh disimpan dalam badan secara berlebihan (hanya tahan selama 8 – 14 jam).
Lebihan vitamin akan dikumuh melalui pengencingan.
Membantu pengeluaran tenaga
Bantu pembinaan tulang
Bantu sintesis tisu badan
Bertindak sebagai ‘coenzymes’
Lebih kurang 4% daripada jisim badan terdiri daripada 22 elemen garam galian. Garam galian adalah sebahagian daripada elemen yang terdapat di dalam enzim, hormon dan vitamin. Ia boleh didapati otot, tisu penyambung dan air dalam badan.
Sebahagian daripada binaan enzim bagi metabolisme badan
Struktur binaan bagi tulang dan gigi
Membantu sintesis makronutrien, glikogen, lipid dan protein
Badan memerlukan pelbagai garam galian tetapi pada kadar yang sedikit sahaja.
Pengambilan jumlah garam galian
dan perkumuhannya penting bagi badan supaya tidak berlaku keracunan atau
kelebihan garam galian dalam badan. Haiwan dan hasilnya, sayur-sayuran
dan legum adalah makanan yang kaya dengan garam galian.