Pendidikan Jasmani Dulu dan Sekarang 
 

Pendidikan Jasmani mempunyai falsafah dan matlamat yang berbeza dengan zaman dulu. Sejarah perkembangannya boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat berikut:

Zaman Greek

      Orang-orang Greek adalah yang oertama membawa konsep aktiviti jasmani dalam pembentukan hidup manusia. Falsafah dan bentuk aktiviti itu adalah berteraskan kekuatan jasmani serta keberanian mempertahankan negara.
       
       Tahun 1800 Masihi hingga Perang Dunia Pertama
       

      Aktiviti-aktiviti jasmani di sekolah-sekolah terutama di Jerman dan Sweden berunsur gimnastik dan gerakerja yang boleh dilakukan di dalam dan luar bilik darjah. Konsep utama ketika ini adalah ‘Dualism – Body and Mind’ yang membawa pengertian bahawa kecergasan badan adalah terpisah dari perkembangan mental.
       
       Perang Dunia Pertama Hingga 1953 (Zaman Permainan dan Sukan)
       
       

      Zaman ini merupakan permulaan di mana permainan dan sukan diprogramkan sebagai media untuk menjaga kesihatan dan waktu bersenggang bagi para pelajar. Gabungan ‘ming and body’ mula mempengaruhi program pendidikan jasmani di sekolah-sekolah. Ahli pendidikan yang mula-mula sekali memecahkan tradisi ‘dualism – mind and body’ ialah John Dewey.
       
       Tahun 1954 – 1960 ( Zaman Kecergasan Fizikal )

 

Zaman ini memperlihatkan kepentingan kecergasan fizikal dari aspek-aspek seperti kekutan, daya tahan, ketangkasan, kelembutan dan kuasa. Konsep latihan dan latihtubi menjadi pegangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemusatan adalah diberikan kepada guru di mana segala perancangan dan pelaksanaan pengajaran adalah diarah oleh guru. Pelajar hanya perlu melakukan setaip arahan yang diberikan oleh guru.
 
  Pendidikan Jasmani Hari Ini

Mulai awal tahun 70an konsep pendidikan melalui kegiatan jasmani mempengaruhi ramai ahli pendidikan. Era ini menentukan bahawa pendidikan adalah hasil gabungjalin aktiviti-aktiviti psikomotor, kobnitif, social dan afektif. Proses pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada pelajar sepenuhnya. Pelajar digalakkan berfikir, menyelidik, memerhati, menganalisa, memahami dan merasai sendiri proses pembelajarn melalui kegiatan-kegiatan jasmani. Pelbagai alatan permainan digunakan untuk meningkatkan perkembangan neuromuscular dan kemahiran. Unsur-unsur sosiologi dan psikologi disalurkan melalui kegiatan terancang agar perkembangan komunikasi dan hubungan inter dan intra personal pelajar dapat ditingkatkan. Ini bererti Pendidikan Jasmani hari ini menuju kepada matlanat untuk membentuk personality para pelajar secara total.