Pendidikan Untuk Jasmani
Sejak 50 tahun lampau, kajian
ke atas kesan latihan terhadap manusia mendapati hasil daripada latihan
jasmani yang terancang ialah:
Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis – J.F Williams.
Menginterperitasikan pendidikan
melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan – Delbert
Oberteutter.
Objektif Pendidikan Jasmani
Pendidikan Jasmani ialah untuk membolehkan
pelajar:
Memahami konsep kecergasan jasmani, komponen-komponen kecergasan, prinsip-prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
Mempertingkatkan kecergasan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, kelunturan badan, ketangkasan dan kelajuan.
Mengenalpasti keadaan tubuh badan, keperluan-keperluan latihan kecergasan serta menyusun program latihan kecergasan yang sesuai bagi diri sendiri.
Memperkembangkan kemahiran dalam sukan perseorangan dan berpasukan serta pendidikan pergerakan su[aya dapat menyertai bidang-bidang ini sebagai sebahagian daripada kegiatan rekreasi jasmani.
Mengenali beberapa permainan tempatan dan permainan popular serta mengambil bahagian dalam pemainan-pemainan ini supaya budaya sukan Malaysia dapat dipelihara dan dipertingkatkan.
Memahami undang-undang, peraturan, latihan dan peristiwa semasa sukan di Malaysia dan di negara-negara lain.
Memperkembangkan cirri-ciri sahsiah (seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin) melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan.
Kefahaman tentang konsep pembelajaran motor amat penting sebagai panduan untuk persedian pengajaran mengikut peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Prinsip-prinsip pembelajaran motor adalah seperti berikut:
Kematangan fizikal/fisiologi – pelajar perlu mempunyai kekuatan, daya tahan, kekuatan fizikal dan keupayaan organ-organ yang boleh mengawal pergerakan-pergerakan mengikut keperluan kegiatan.
Latihan – cara latihan dijalankan
akan mempengaruhi perlakuan, begitu juga dengan kemahiran yang berbeza
memerlukan corak latihan yang berbeza. Antara jenis latihan ialah:
Maklumbalas – maklumbalas yang diterima daripada guru atau rakan sebaya serta kesedaran diri tentang mutu pergerakan yang dilakukan.
Pengekalan – Kebolehan untuk mengulang sesuatu pergerakan yang dikuasai selepas tempuh masa. Prinsip ini penting kerana sesuatu kegiatan pergerakan yang telah dipelajari itu adalah asas kepada penguasaan pergerakan-pergerakan lain yang lebih kompleks.
Pembelajaran lebihan – latihan yang masih diteruskan walaupun pencapaian penguasaan kemahiran pergerakan adalah memuaskan. Prinsip ini digunakan untuk membolehkan pelajar melakukan sesuatu pergerakan secara automatik. Prinsip ini juga digunakan untuk menghalusi perlakuan untuk mencapai kecemerlangan.
Pemindahan pembelajaran – sesuatu kemahiran yang telah dipelajari akan mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang baru, sama ada secara positif atau negatif.
Ansur maju – latihan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai daripada yang mudah dan berpindah kepada yang lebih kompleks.