Pegawai yang bertugas dalam sesuatu kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa boleh dibahagikan kepada empat kumpulan umum. Pembahagiasn ini berdasarkan jenis peranan yang dimainkan oleh kumpulan pegawai berkenaan dalam masa kejohanan yang sedang berjalan.
Bahagian PengurusanPengurus Kejohanan
Pengurus Teknik
Setiausaha KejohananJuri Rayuan ( bilangan ganjil termasuk setiausaha - 3 atau 5 orang)
Pegawai Pertandingan
Referi balapan
Referi padang
Referi acara berjalan kaki
Hakim balapan
Hakim Padang
Hakim berjalan kaki
Pengadil balapan
Ketua Penjaga masa
Penjaga masa
Pelepas
Penolong pelepas
Pelepas panggil balik
Pencatat pusingan
Penyelia PesertaPegawai Tambahan
Juruacara
Juruukur rasmi
Penyukat angin
Tugas Pegawai Olahraga
Pengurus Kejohanan
Berkuasa dalam pengendalian keseluruhan majlis kejohanan
Bertanggungjawab menentukan kejohanan berjalan lancar
Memastikan semua pegawai yang bertugas melapor diri kepadanya dan membuat
pengantian jika perlu
Menentukan supaya oang yang berkenaan sahaja berada dalam kawasan pertandingan.
Pengurus Teknik
Persedian balapan, kawasan lompatan dan balingan
Memastikan alatan pertandingan mengikut spesifikasi rasmi
Menyediakan borang-borang yang digunakan dalam kejohanan olahraga
Setiausaha Kejohanan
Menguruskan mesyuarat berkaitan dengan pengelolaan kejohanan
Catatan dan penyediaan minit mesyuarat
Urusan surat menyurat
Penyediaan laporan
Juri Rayuan
( 3 atau 5 orang yang berpengalaman dalam hal-hal olahraga)
Menyelesaikan semua bantahan atau rayuan yang dibuat secara rasmi
Referi
Akan bertanggungjawab menentukan bahawa semua peraturan pertandingan
dipatuhi.
Akan memberi keputusan dalam perkara teknik yang timbul pada masa kejohanan
Referi akan menentukan tugas hakim
Referi mesti mengawasi pengukuran, memeriksa keputusan-keputusan akhir
dan menyelesaikan pertelingkahan jika ada
Referi berkuasa memberi amaran(kad kuning) dan menyinkirkan (kad
merah) peserta jika didapati tidak bersopan
Berkuasa membatalkan/dipertandingkan semula acara, jika perlu.
Referi menandatangi semua kad-kad keputusan sebelum diserahkan kepada
pencatat dan diumumkan.
Hakim
Seorang ketua hakim boleh dilantik untuk membantu referi menjalankan
tugasnya.
Setiap hakim balapan dan padang diketuai oleh Ketua Hakim
Hakim balapan
menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu
acara
mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan
untuk tindakan ketua hakim
memerhati dan membuat catatan tentang kedudukan peserta-peserta bagi
setiap pusingan dalam acara jarak jauh.
Hakim Padang
menghakim pertandingan acara padang mengikut peraturan
mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh setiap peserta
Pengadil balapan
Bertugas dibawah seorang ketua pengadil
Pengadil akan memerhati bahawa semua peserta yang bertanding dalam
sesuatu acara tidak melanggar peraturan ketika berlumba
memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing
memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari
berganti-ganti mematuhi peraturan-peraturan pertandingan
menunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlaku pelanggaran
peraturan dan bendera merah jika sebaliknya
melaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan
kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan
Penjaga masa
Duduk diluar balapan bertentangan dengan garisan penamat (Mereka duduk
di atas pentas bertingkat dan mengadap barisan para hakim balapan)
Setiap pencatat masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan
jamnya kepada atau menukar maklumat dengan sesiapa, mencatatkan masa diatas
borang rasmi dan setelah menandatanganinya menyerah borang tersebut kepada
Ketua Pencatat masa yang mungkin memeriksa jam itu untuk mengesahan.
Masa akan diambil dari masa kelihatan kilat/cahaya tembakan pistol
sehingga detik di mana bahagian badan (torso) peserta itu sampai ke garisan
penamat .
Sekiranya dua daripada tiga buah jam rasmi menunjukkan masa yang sama
dan jam ketiga mencatat masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang
ditunjukkan oleh dua jam yang sama itu. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan
masa yang berlainan, maka jam yang menunjukkan masa yang ditengah-tengah
adalah masa rasmi. Sekiranya hanya dua jam sahaja digunakan dan menunjukkan
masa berbeza, maka masa yang lebih lambat diterima sebagai masa rasmi.
Pelepas dan Pelepas Penggil Balik
Pelepas bertanggungjawab tentang pelepasan semua peserta bagi setiap
acara balapan mengikut isyarat-isyarat tertentu.
Pelepas mesti memastikan para hakim dan Penjaga Masa telah brsedia
sebelum memulakan pelepasan
Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol, Pelepas atau/dan
Pelepas Panggil balik boleh melepaskan tembakan sebagai isyarat memanggil
balk peserta-peserta yang telah berlepas.
Penolong Pelepas
Memeriksa dan menentukan bahawa peserta-peserta yang sah sahaja yang
bertanding dalam sesuatu perlumbaan atau acara yang tetentu
Menentukan peserta-peserta memakai nombor yang betul di bahagian depan
dan belakang
Menenpatkan peserta-peserta di lorong dan tempat permulaan yang betul
Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah
Pelepas memberikan isyarat "ke garisan". Jika ada, Penolong Pelepas hendaklah
memberitahu kepada Pelepas.
Menyediakan baton bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.
Penyelia Peserta
Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding
dalam sesuatu acara
Mencatat maklumat jika ada dalam borang penyelian peserta (misalnya
peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas.
Menjalankan tugas mengumpulkan pemenang-pemenang hadiah untuk upacara
penyampaian hadiah