Penggunaan Internet Dalam
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

 
 

Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.


Peranan komputer dan internet dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
 


Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, antaranya :-
spreadsheet,
multimedia
internet.


Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa :-


Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya: E – mail (Mel Eletronik)

Laman Web (WWW)

Internet Relay Chat (IRC)

Telnet

Kumpulan Diskusi dan Berita

File Transfer Protocal (FTP)


Mel Elektronik (E-mail)

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah: Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):

Laman Web ( World Wide Web)

Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996).
Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran , dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar , pendidikan keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dengan mudah dan cepat.

Dicadangkan bahawa WWW dalam pendidikan boleh berperanan sebagai:

Tutor

Pusat sebaran dan penerbitan

Medan perbincangan ( Forum )

Pemandu ( Melalui search engine )

Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk mendapatkan rancangan pengajaran ialah:

Untuk Panduan Guru (http://cikgu.net.my)

sains (http://wwwsci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet )

sains sosial: (http://www.csun.edy:80/hceduo13/)

Matematik: (http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html )

English : http://www.teachnet.com/lesson.htmlhttp://www.mmserve.com/educ

The Lesson Plan Page: (http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html )

Untuk melihat tapak web pendidikan tempatan bagi mendapatkan sumber yang dapat digunakan untuk peringkat UPSR, PMR , dan SPM , lawatilah TM School On-Line
 
 


Internet sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah:

Projek

Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan kepada Internet. Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.

Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas :

Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas.
Fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan.
Cari bahan yang sesuai dan
Rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta   menjayakan projek tersebut.


Bahan maklumat yang menarik dan terkini

Sesetengah aktiviti Internet cuma memerlukan sebuah dua komputer di dalam bilik darjah. Manakala yang lainnya memerlukan setiap pelajar duduk di depan komputer semasa berinteraksi dengan bahan dari Internet. Oleh itu, guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara Internet dapat digunakan semasa mengajar. Antara cara Internet telah dan dapat digunakan ialah: mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan yang terdapat di dalam Internet. Bahan-bahan ini seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung, fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit yang susah diperolehi dari sumber biasa. Tambahan pula, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain. Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam Internet, khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat ini dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.

Bahan bacaan dan kemahiran berbahasa

Di dalam Internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal. Begitu juga dengan surat khabar. Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan berita tentang sesuatu perkara melalui akhbar dari seluruh dunia, dan bandingkan cara penyampaian berita di lain-lain negara. Cara ini mungkin sesuai bagi pelajar-pelajar peringkat menengah atas. Anda boleh mengunakan kemudahan ‘search engine’ untuk mendapatkan akhbar , majalah atau bahan-bahan bacaan tertentu dengan menulis tajuk yang diingini.

Untuk membaca beberapa akhbar dari seluruh dunia, sila ke:http://www.ipl.org

Guru juga dapat menggunakan Internet untuk mempertingatkan kemahiran menulis. Mel elektronik merupakan aplikasi utama di sini. Terdapat beberapa tapak web seperti Kidlink ( http://www.kidlink.org/ ) yang menyediakan aktiviti forum untuk disertai pelajar dari umur 10 tahun hingga 14 tahun untuk berhubung antara satu sama lain dengan membincangkan topik yang telah ditetapkan. Semasa menyertai forum sebegini melalui mel elektronik, pelajar biasanya lebih prihatin dan teliti dalam menulis. Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan apa yang dibangkitkan memberi imej yang positif bukan sahaja mereka sendiri tetapi sekolah, masyarakat dan negara.







Penggunaan internet dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

rujuk laman web Jabatan PJK MPKT, Batu Rakit


Pengawalan bahan negatif

Antara isu yang sering diperkatakan berhubung dengan penggunaan internet ialah berkenaan dengan bahan-bahan negatif yang terdapat di dalamnya. Terdapat ramai di kalangan ibubapa dan guru-guru yang merasa takut dan bimbang sehinggakan mereka sanggup mengenepikan kepentingan dan manfaat yang sangat besar daripada internet. Memang tidak dinafikan, bahawa dalam internet terdapat pelbagai bahan berunsur negatif, seperti dadah, alkohol, keganasan, seks dan sebagainya. Manakala sejak akhir-akhir ini, terdapat berita-berita palsu dan khabar angin yang berunsur fitnah telah disebarkan kepada pengguna melalui internet. Walau bagaimanapun ianya tidak harus dianggap sebagai satu penghalang yang besar, sehingga kita lupa dan meninggalkan segala kebaikan yang ada. Siapa yang akan rugi ? Kita dan keluarga kita……….! Ingatlah !! " Kalau kita tidak suka satu perkara, jangan tinggal semua perkara ". " Tepuk dada, tanyalah iman "

Sebagai pengguna yang bijak dan berakhlaq, kita seharusnya berikhtiar mencari jalan untuk menyekat dan menghalang unsur-unsur negatif tersebut , walaupun tidak seratus peratus. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh para guru dan ibubapa untuk mengawal bahan-bahan negatif tersebut ialah:

Merahsiakan kata laluan ( password )

Mengubah kata laluan

Sentiasa membuat pengawasan dan pemerhatian

Letakkan komputer di tempat terbuka

Sediakan bahan alternatif

Gunakan penapis

Gunakan perekod data ( eg. Unmozify )

Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

Contoh yang baik daripada ibubapa/guru

Latihan dan tarbiyah yang berterusan


Penutup

Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.

Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia.

" Pendidikan hari ini untuk kehidupan masa hadapan "

Lampiran 1 : Pengalaman se orang guru yang mengintegrasikan internet dalam P~P

Lampiran 2 :Senarai website yang berkaitan dengan pendidikan


BIBLIOGRAFI

Al Ghamdi, Y. A. S. (1987)." The Effectiveness of Using Microcomputers in Learning Algebraic Precedence Conventions". Doctoral Dissertation, Florida State University.

Bier, M. et. al. (1996). "Personal Empowerment in the Study of Home Internet Use by Low-Income Families". Journal of Research on Computing in Education. Volume 28 (5).

Cockroft, W. H. (1986). Mathematics Count. London. HMSO

Crumlish, C. (1996). The ABCs of the Internet. Singapore: Tech Publications Pte Ltd.

Everett, D. R. & Ahern, T. C. (1994). "Computer-mediated communication as a teaching tool: A case study ". Journal of Research on Computing in Education, 26(3), 336 – 357.

Funkhouser, C. (1993)." The Influence of Problem Solving Software in Students' Attitudes about Mathematics". Journal of Research on Computing inEducation. 25(3), 339- 346.

Henderson, R. W. and Landesman, E. M. (1992). "The integrative videodisk system in the zone of proximal development: Academic motivation and learning outcomes in pre-calculus". Journal of Educational Computing Research.21(3), 33 - 43.

________(1997). Sekolah Bestari di Malaysia: Suatu lonjatan saujana. KPM.

Kang, W. C. (1995). The effects of internet sessions on student’s attitudes towards the internet: A case study. Tesis Sarjana Pendidikan. UM

NorHisham Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias (1996). Pengajaran Bantuan Komputer. UTM

Sulaiman Hashim (1996)." Jaringan Pendidikan ". Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. MCCE

Telekom Malaysia Berhad (1998). Mengenali dan Mengguna Internet. Kuala Lumpur: Federal Publications.

Zoraini Wati Abas (1995). "Internet untuk pengajaran matematik".Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan matematik ke 4.Kuantan:BPG

Zoraini Wati Abas (1996). " Internet untuk pendidikan ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Internet Dalam Pendidikan. Johor Bahru. MPTI

Zulkifli Harun (1998). Integrasi internet dalam pendidikan bilik darjah. Tidak diterbitkan ( on-line ).

Tg. Zawawi b. Tg. Zainal (1999). Penggunnan Internet dalam Pengajaran Matematik. Tidakditerbitkan
( on-line)