PESANAN
NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAIDINA ALI
Nabi Muhammad SAW telah berpesan
kepada Saidina Ali, "Hai Ali, hendaklah kamu selesaikan 5 perkara sebelum
kamu tidur, iaitu hendaklah kamu khatam Al- Quran, sedekah 4000 Dirham,
hendaklah kamu menjaga tempatmu di syurga, hendaklah kamu menziarahi Kaabah
dan hendaklah kamu redha terhadap musuhmu."
Saidina Ali bertanya Rasulullah,
"Bagaimana hendak melakukan sedangkan aku tidak punya wang sebanyak itu,
manakala Kaabah jauh dari Madinah dan seterusnya lagi,". Maka jawab Rasulullah
SAW. Hai Ali bacalah:
-
Al-Fatihah sebanyak 4 kali sebelum
kamu tidur, samalah kamu bersedekah 4000 Dirham.
-
Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali
samalah kamu khatam Al-Quran.
-
Ucapkan olehmu: Laailaha illallahu
wahdahu laa syarikalah lahulmulku walahul hamduyuhyiwayumit wahua ‘ala
kullisyaiin qadir.
-
Ucapkan olehmu 4 kali : Lahaulawala
quwwataila illa billahil aliyyil ‘azim. Samalah dengan kamu menziarahi
Kaabah.
-
Beristighfar sebanyak 10 kali
samalah dengan kamu redha terhadap musuh kamu.