PEMBELAJARAN MOTOR

Pensyarah Pembelajaran Motor : zakaria_ali@hotmail.com
 
Pengenalan

Pembelajaran Motor adalah berteraskan kepada pergerakan. Mengikut Cratty (1975),
Pembelajaran Motor adalah perubahan tahap kemahairan yang stabil hasil dari percubaan  yang berulang-ulang.
Definisi lain yang  diberikan oleh Drowatzky (1981)  ‘ penyesuaian yang melibatkan pergerakan dan tindakbalas otot.’ Kesimpulannya, Pembelajaran Motor melibatkan pemikiran dan tubuh badan.
 
 

Kemahiran Motor

Kemahiran motor diguna dalam konteks  yang berbeza:

1. Sebagai tugasan atau perlakuan
- mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai memerlukan pergerakan anggota
badan
      -     ada tujuan
      -     secara sukarela
      -     memerlukan pergerakan anggota badan.

2. Sebagai indikator prestasi berkualiti
- kemahiran dinilai dengan prestasi yang produktif
contoh: 60%  -70%  servis pertama dalam permainan tenis dikira  dengan lakuan
             yang betul dan tepat
- prestasi individu yang tipikal ( characteristic performance) seperti prestasi yang
      konsiten, mengguna tanda-tanda yang bermakna.
 
 
 

Klasifikasi  Kemahiran
Kemahiran boleh diklasifikasikan dengan sifat-sifat yang berbeza.
1. Kemahiran-Kemahiran Terasing, Berterusan, Bersiri.
 
Kemahiran Terasing
- permulaan daan akhiiran lakuan aadalah jelas.
Contoh:  -tendangan/pukulan penalti dalam permainan hoki
               -lontar peluru

      Kemahiran Berterusan

- tidak ada permulaan dan akhiran masa yang jelas dan ianya  berterusan .
Contoh:  -mengelecek bola dalam permainan bola sepak/hoki
               -berenang, berkayak

      Kemahiran Bersiri

- gabungan kemahiran-kemahiran terasing dalam satu masa perlakuan
Contoh:  -bermaain piano, latihan lantai dalam gimnastik, melakukan pukulan-
                pukulan sambil bergerak dalam permainan  tenis

Kemahiran-Kemahiran Motor Halus dan Kasar

Klasifikasi yang berasaskan kepada pergerakan dan daya yang digunakan dalam sesuatu  kemahiran

      Kemahiran Motor Kasar

- kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar/besar atau melibatkan
banyak anggota.
Contoh: menendang bola, berenang, berjalan
 

 Kemahiran Motor Halus
- kemahiran yang melibatkan kumpulan ottot-otot kecil/ halus dan sukar dilihat
Contoh: menulis, melukis

      Terdapat kesukaran dalam mengklasifikasikan sesetengah kemahiran bagi
       menentukan kumpulan otot kasar atau halus.
       Contoh: mengimbang di atas palang imbangan  dengan sebelah kaki

 
 

Kemahiran-Kemahiran Tertutup Dan Terbuka

Klasifikasi kemahiran ini dicadangkan oleh Poulton (1957) dan Knapp (1964). Kemahiran ini berasaskan kepada penyesuaian dengan persekitaran.

        Kemahiran Terbuka

  - perubahan persekitaran yang sukar diduga dan ianya tidak stabil.
          Contoh: pukulan rali dalam tenis, menembak pada sasaran yang bergerak

        Kemahiran Tertutup

- persekitaran tetap dan stabil.
Contoh: bowling, menaiki tangga, menembak pada sasaran yang tetap
 
 

Prinsip Pemindahan Pembelajaran

Proses ppembelajaran motor seseorang individu banyak dipengaruhi oleh pemindahan pembelajaran. Magill (1985) menyatakan pemindahan pembelajaran adalah pengaruh kemahairan yang baru.

Definisi lain:
Singer (1980): “……..penggunaan pengalaman lepas dalam mempelajari kemahiran baru
                          pada situasi yang berlainan.”
Sage (1977)  : “……...kesan pembelajaran lepas kepada penerimaan pembelajaran yang
                          baru.”
 

Pemindahan Pembelajaran Berkonsepkan

           Pengalaman, Kemahiran + Pengetahuan Lalu

                                          +                                                =    Disesuaikan dengan situasi
                                                                                                   baru
                    Pembelajaran Kemahiran Baru
 

Jenis-Jenis Pemindahan Pembelajaran

1. Pemindahan Positif  :  pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas membantu
                                          pembelajaran tugasan baru.

2 Pemindahan Negatif : pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas menghalang
                                          pembelajaran tugasan baru.

3.Pemindahan Nuteral : pengalaman, pengetahuan dan kemahiran lepas tidak memberi
                                          kesan kepada pembelajaran tugasan baru.
 

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemindahan Pembelajaran

a. pengalaman lepas
b. sifat tugasan
c. elemen yang berpindah
d. tumpuan
e. pengetahuan tentang prinsip pembelajaran
f. tumpuan.
 
 

Perbezaan Individu

Prestasi di antara seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Perbezaan yang sangat nyata adalah pada umur dan jantina.
Contoh: - golongan lelaki boleh melakukan sesuatu aktiviti lebih baik daripada golongan
                wanita dan sebaliknya.
        - keupayaan memproses maklumat, menyimpan dan mengingat adalah rendah di
          kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Perbezaaan lain yang  membezakan prestasi individu adalah:

a. Perbezaan kebolehan yang melibatkan kebolehan fizikal seperti kordinasi, keseimbangan, kinestesis dan masa tindakan.
- kebolehan mental seperti tumpuan, persepsi, membuaat keputusan dan kepintaran.

b. Baka.

c. Ciri-ciri fizikal, antaranya:
- tinggi                   - rasa
- berat                    - susuk tubuh
- kekuatan              - pendengaran
- kelembutan

d. Kestabilan  emosi.
- prestasi terjejas dengan tahap tekanan dan kebimbangan  yang tinggi.

e. Kematangan dan Pertumbuhan.
- kematangan adalah pada kadar yang berbeza samada fizikal atau mental seseorang. Umur kronologi tidak menunjukan kematangan seseorang.

f. Pembelajaran dan Pengalaman Lepas.
- pelajar baru mempunyai tahap prestasi yang rendah berbanding pelajar lama.

g. Motivasi.
- setiap individu mempunyai tahap motivasi dan pendorong yang berbeza terhadap
      sesuatu aktiviti.

h. Keadaan Persekitaran.
- persekitaran mempengaruhi pengalaman seseorang  seperti alatan, bentuk arahan
      dan keadaan cuaca.

i. Pengaruh Sosiobudaya.
- keadaan sosial
- pengaruh budaya seperti latar belakang keluarga, ekonomi dan tradisi kebangsaan
contoh: kurang perenang dan pemain tenis Amerika  dari orang-orang  berkulit
             hitam.