Sains sukan ialah aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan. IOa merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan jasmani dan aktiviti kokurikulum. Pengetahuan Sains Sukan boleh menjawab berbagai soalan yang sering dibangkitkan :
Apakah sukan yang sesuai bagi diri saya
Adakah berat tubuh dan ketinggian suatu faktor yang penting
Bagaimanakah saya dapat mencapai kemajuan dalam teknik sukan saya
Mengapakah pukulan lob badminton saya tidak sampai ke garis belakang
Apakah kesan daya tertentu ke atas tubuh saya semasa saya bersukan
Adakah saya mempunyai bakat dan kemanpuan fizikal untuk menjadi seorang
juara
Bolehkah saya mencapai kepantasan yang lebih baik
Apakah bentuk latihan yang dapat membantu saya memperbaiki prestasi sukan
saya
Sains sukan akan dapat membantu anda mendalami pengetahuan anda sebagai peserta atau penonton sukan. Soalan-soalan seperti diatas akan dijawab, dan cara serta langkah-langkah untuk mengatasinya akan dibincangkan supaya pengetahuan dalam bidang sains sukan akan sekurang-kurangnya meningkat yang boleh membantu membuat keputusan yang bijaksana dalam bidang sukan.
Bidang Sains Sukan
Biomakanik
Sains kajian pergerakan manusia
mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan pergerakan dan bagaimana
pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan berbagai teknik
yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan yang paling optimum.
Fisiologi
Bidang yang mengkaji perubahan
yang dialami oleh tubuh kita dari segi biokimia hasil dari senaman.
Psikologi sukan
Menkaji faktor psikologi dan
mental yang dialami oleh seseorang atlit dalam aktiviti sukan.
Sosiologi sukan
Bidang yang membincangkan
pengaruh keadaan sosial ke atas prestasi sukan seseorang atlit.
Perubatan sukan.
Bidang yang dapat membantu
seseorang atlit pulih daripada kecederaan yang dialami. Disamping itu bidang
ini juga membicarakan langkah-langkah awal untuk mengelak daripada kecederaan
dalam melakukan aktiviti bersukan.
Pelaziman sukan
Kaedah mempelajari teknik
dan tektik dalam sukan dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip sains sukan.
Berbagai kaedah latihan sukan dibincangkan dalam bidang ini.