Enam jenis kelas makanan
ialah karbohidrat, lipid (lemak), protein, vitamin, garam galian dan air.
Karbohidrat, lipid dan protein
adalah kumpulan nutrien yang penting bagi penghasilan tenaga (ATP – Adenosine
Triphosphate) oleh sel-sel dalam badan.
Nilai tenaga bagi setiap
makanan diukur dalam unit kilokalori (kcal). Satu kilokalori ialah jumlah
tenaga yang diperlukan bagi menaikkan suhu 1 kilogram air sebanyak 1°
C (1.8° F).
Sumber
nutrien karbohidrat adalah daripada tumbuh-tumbuhan.
Ada 3 jenis karbohidrat:
Monosaccharides glukos dan
fruktos
Oligosaccharides sukros,
laktos dan maltos
polysaccharides gula daripada
kanji, fiber dan glikogen
‘Cellulose’ atau gentian
fiber banyak terdapat dalam sayur-sayuran yang membantu proses penghadaman
dan perkumuhan bahan-bahan buangan.
Peranan karbohidrat dalam
badan ialah sebagai
Sumber tenaga
Pengaruh simpanan protein
Sumber tenaga bagi sistem
saraf pusat (CNS)
Sumber utama diet bagi nutrien
lipid ialah triglycerides.
Binatang dan hasil-hasil
binatang adalah sumber nutrien utama bagi lemak tepu
Sumber nutrien bagi lemak
tidak tepu kebanyakkannya adalah daripada sayur-sayuran dan hasil-hasilnya.
Lipid boleh diklasifikasi
kepada 3 kumpulan:
Gabungan ringkas kolesterol
dengan sebatian lipid
pengampu organ-organ badan
penebat suhu badan
pembawa bagi vitamin A, D,
E, dan K yang larut dalam air
Protein terbentuk daripada
asid amino. Ada 20 jenis asid amino. Lapan daripada asid amino ini perlu
didapati daripada makanan kerana ia tidak boleh disintesis oleh badan.
Protein boleh didapati
daripada sel haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dapat membekalkan protein
yang bermutu tinggi yang mengandungi 8 asid amino yang diperlukan oleh
badan.
Asid amino adalah struktur
utama binaan badan. Ia penting kerana ia mengawal perkembangan molekul
dalam badan.
Protein dalam badan berfungsi
sebagai:
Sumber tenaga
Penstabil nitrogen dalam
badan
Pengawal hormon badan
Keseimbangan nitrogen dalam
badan akan lebih stabil sekiranya peratus pembinaan protien sama dengan
kehilangan protein dalam badan.
Pengambilan 0.8 g protein
per kilogram berat badan disyorkan bagi diet orang dewasa
Vitamin adalah sebatian
organik yang penting dalam kebanyakkan proses fungsi badan. Keperluan sehariannya
adalah kecil.
Vitamin boleh didapati daripada
makanan dan 'dietary supplementation'
Ada 13 jenis vitamin yang
boleh diklasifikasikan kepada:
Vitamin yang larut dalam
air C dan B Kompleks
Vitamin A, D, dan E boleh
disimpan di dalam tisu badan secara berlebihan.
Vitamin C dan B kompleks
yang larut dalam air tidak boleh disimpan dalam badan secara berlebihan
(hanya tahan selama 8 – 14 jam).
Lebihan vitamin akan dikumuh
melalui pengencingan.
Membantu pengeluaran tenaga
Bantu pembinaan tulang
Bantu sintesis tisu badan
Bertindak sebagai ‘coenzymes’
Lebih kurang 4% daripada
jisim badan terdiri daripada 22 elemen garam galian. Garam galian adalah
sebahagian daripada elemen yang terdapat di dalam enzim, hormon dan vitamin.
Ia boleh didapati otot, tisu penyambung dan air dalam badan.
Sebahagian daripada binaan
enzim bagi metabolisme badan
Struktur binaan bagi tulang
dan gigi
Membantu sintesis makronutrien,
glikogen, lipid dan protein
Badan memerlukan pelbagai
garam galian tetapi pada kadar yang sedikit sahaja.
Pengambilan jumlah garam galian
dan perkumuhannya penting bagi badan supaya tidak berlaku keracunan atau
kelebihan garam galian dalam badan. Haiwan dan hasilnya, sayur-sayuran
dan legum adalah makanan yang kaya dengan garam galian.