PESANAN NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAIDINA ALI

Nabi Muhammad SAW telah berpesan kepada Saidina Ali, "Hai Ali, hendaklah kamu selesaikan 5 perkara sebelum kamu tidur, iaitu hendaklah kamu khatam Al- Quran, sedekah 4000 Dirham, hendaklah kamu menjaga tempatmu di syurga, hendaklah kamu menziarahi Kaabah dan hendaklah kamu redha terhadap musuhmu."

Saidina Ali bertanya Rasulullah, "Bagaimana hendak melakukan sedangkan aku tidak punya wang sebanyak itu, manakala Kaabah jauh dari Madinah dan seterusnya lagi,". Maka jawab Rasulullah SAW. Hai Ali bacalah:

    1. Al-Fatihah sebanyak 4 kali sebelum kamu tidur, samalah kamu bersedekah 4000 Dirham.
    2. Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali samalah kamu khatam Al-Quran.
    3. Ucapkan olehmu: Laailaha illallahu wahdahu laa syarikalah lahulmulku walahul hamduyuhyiwayumit wahua ‘ala kullisyaiin qadir.
    4. Ucapkan olehmu 4 kali : Lahaulawala quwwataila illa billahil aliyyil ‘azim. Samalah dengan kamu menziarahi Kaabah.
    5. Beristighfar sebanyak 10 kali samalah dengan kamu redha terhadap musuh kamu.