ACARA
LARIAN JARAK DEKAT
Pilih peringkat
yang sesuai dengan kumpulan anda
Peringkat
1
Peringkat
2
Peringkat
3
Peringkat
4
Penilaian
Ke atas
Larian
Jarak Dekat.
Mulaan dengan menggunakan
blok mulaan.
Lakukan aktiviti di bawah berpasangan.
-
Letakkan blok lebih kurang 50cm dari garis permulaan.
-
Jarak di antara bahagian belakang blok dengan bahagian
hadapan blok adalah lebih kurang 40cm.
-
Lakukan beberapa percubaan untuk mencari kesusaian
blok dan jaraknya yang paling baik .
-
Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan
untuk memijak bahagian belakang blok.
-
Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.
Keadaan "ke garisan"
-
Berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua
belah kaki yang dikangkangkan.
-
Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok.
-
Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak di antara
kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dngan bidang bahu.
-
Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan imbangan yang
maksimum.
Keadaan "sedia"
-
Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.
-
Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
-
Tekankan keduaa-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.
Berlepas
-
Bergerak lurus ke hadapan.
-
Jarak langkah pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang
dan tidak pula terlalu pendek.
Tugasan bertulis :
IAAF link
1. Dengan menggunakan site diatas,cari :-
i. Nama 5 orang
olahragawan masa kini.( Sebutkan acara mereka dan rekodnya sekali)
ii. Nama 5 orang olahragawan
legenda dunia. (acara mereka dan rekodnya sekali)
2. Lakukan aktiviti di bawah secara praktikal .
-
Ambil masa untuk larian sejauh 30 meter.
-
Buat agakan berapa saat diambil untuk larian sejauh
60 meter.
-
Buat aktiviti larian 60 meter untuk melihat ketepatan
agakkan anda.
-
Beri 4 sebab kenapa ada perbezaan masa antara agakan
anda dengan masa sebenar.
Ke
atas
Penilaian
dalam acara Jarak Dekat
Kerja Amali
Aktiviti menggunakan blok mulaan.
Lakukan aktiviti di atas dengan
membuat percubaan tiga gaya mulaan.
Gaya
peluru
Gaya
sederhana
Gaya
panjang
Apakah gaya yang paling sesuai untuk anda.
Berikan perbezaan antara gaya-gaya
tersebut.
Kerja
Bertulis
Dalam lebih kurang 200 patah perkataan,
ceritakan pencapaian-pencapaian yang dicapai oleh pelari sensasi
dalam acara 100 meter.
E-mailkan
kepada saya untuk tentukan masa penilaian amali anda.
Kerja
bertulis yang telah siap boleh die-mailkan kepada saya untuk dinilai.
Ke atas
to abu zarin
unit PJK MPKTBr
