Make your own free website on Tripod.com

ACARA 4 X 100 METER

 

Pilih peringkat yang sesuai
dengan kumpulan anda


Peringkat 1
Peringkat 2   Peringkat 3   Peringkat 4   Penilaian





Ke atas



 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti Pertukaran baton dalam larian 4 x 100 m


Latihan statik berpasangan

    Aktiviti ini melibatkan 2 murid. Murid A berdiri lebih kurang satu meter di belakang murid B. Murid A memberi isyarat kepada murid B dan murid B menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Murid B kemudiannya menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja murid A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.

     Ulang aktiviti diatas dengan menggunakan baton.

     Aktiviti bergerak berpasangan.

    Aktiviti ini memerlukan dua murid dan ia dilakukan sambil berlari anak. Murid A akan berlari ke hadapan murid B setelah memberi baton kepadanya. Murid B pula menghantar baton kepada murid A. Teruskan aktiviti ini sejauh 60 meter.

     Aktiviti bergerak berpasangan.

Murid A dan B bersedia melakukan aktiviti dalam jarak lebih kurang 30 meter. Murid A berlari dan apabila sampai di tandaan, murid B pula mula berlari. Murid A terus mengejar murid B untuk memberi baton kepadanya. Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.


Tugasan bertulis :-
 
 
  1. Ambil masa bagi aktiviti perlumbaan 2 x 50 m antara kumpulan.
  2. Dalam kumpulan, bincangkan karaktor pelari-pelari 4 x 100 m . Berikan 4 faktor kecekapan pelari berikut :-

Ke atas
 
 
 
 
 


Penilaian Di bawah Tajuk Acara lari Berganti-ganti.







         Kerja amali
 

Aktiviti berkumpulan 4 orang.

 Buat satu larian 4 x 100 m dengan gaya selang seli tanpa pandang dan   catatkan masa.

       Berikan enam perbezaan antara gaya selang seli tanpa pandang dengan gaya selang seli cara pandang. Anda digalakkan membuat eksperimen untuk mencari jawapan.
Kerja bertulis
  Dengan menggunakan internet cari pasukan-pasukan dari negara-negara yang cemerlang dalam acara larian 4x100 meter dan 4x400 meter. Buat satu karangan tidak melebihi 300 patah perkataan berkenaan dengan pasukan-pasukan tersebut.
 
 
 
 

E-mailkan kepada saya untuk tentukan masa penilaian amali anda.
Kerja bertulis yang telah siap boleh die-mailkan kepada saya untuk dinilai.
 
 

Ke atas

to abu zarin
unit PJ MPKTBr