ACARA 4 X 100 METER
Pilih peringkat yang sesuai
dengan kumpulan anda
Peringkat
1
Peringkat
2
Peringkat
3
Peringkat
4
Penilaian
Ke atas
Aktiviti
Pertukaran baton dalam larian 4 x 100 m
Latihan statik – berpasangan
Aktiviti ini melibatkan 2 murid. Murid
A berdiri lebih kurang satu meter di belakang murid B. Murid A memberi
isyarat kepada murid B dan murid B menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
Murid B kemudiannya menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja murid A
menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.
Ulang aktiviti diatas
dengan menggunakan baton.
Aktiviti bergerak – berpasangan.
Aktiviti ini memerlukan dua murid dan ia dilakukan
sambil berlari anak. Murid A akan berlari ke hadapan murid B setelah memberi
baton kepadanya. Murid B pula menghantar baton kepada murid A. Teruskan
aktiviti ini sejauh 60 meter.
Aktiviti bergerak – berpasangan.
Murid A dan B bersedia melakukan aktiviti dalam
jarak lebih kurang 30 meter. Murid A berlari dan apabila sampai di tandaan,
murid B pula mula berlari. Murid A terus mengejar murid B untuk memberi
baton kepadanya. Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
Tugasan bertulis :-
-
Ambil masa bagi aktiviti perlumbaan 2 x 50 m antara
kumpulan.
-
Dalam kumpulan, bincangkan karaktor pelari-pelari
4 x 100 m . Berikan 4 faktor kecekapan pelari berikut :-
-
Pelari pertama.
-
Pelari kedua.
-
Pelari ketiga
-
Pelari keempat
Ke
atas
Penilaian
Di bawah Tajuk Acara lari Berganti-ganti.

Kerja
amali


Aktiviti berkumpulan 4 orang.
Buat satu larian 4 x 100 m
dengan gaya selang seli tanpa pandang dan catatkan masa.
Berikan enam perbezaan
antara gaya selang seli tanpa pandang dengan gaya selang seli cara pandang.
Anda digalakkan membuat eksperimen untuk mencari jawapan.
Kerja
bertulis
Dengan menggunakan internet cari
pasukan-pasukan dari negara-negara yang cemerlang dalam acara larian 4x100
meter dan 4x400 meter. Buat satu karangan tidak melebihi 300 patah perkataan
berkenaan dengan pasukan-pasukan tersebut.
E-mailkan
kepada saya untuk tentukan masa penilaian amali anda.
Kerja
bertulis yang telah siap boleh die-mailkan kepada saya untuk dinilai.
Ke atas
to abu zarin
unit PJ MPKTBr
